Searching...
Minggu, 26 Juli 2015
16.39 0

GADIS NI TERTUDUH TIPU BERAT BADANNYA, KINI GADIS TERUS BONGKAR KEBENARAN ( 3 GAMBAR )

TERNYATA keberanian seorang wanita ini telah mengejutkan serta membuat masyarakat bermulut ‘longkang’ yang menuduhnya menipu tercengang serta-merta.
Simone Anderson, 24, dari New Zealand telah berjaya menurunkan berat badannya dari 169 kg ke 84 kg hanya dalam masa 11 bulan.
Wanita hebat yang merupakan seorang pendandan rambut di Auckland itu telah berkongsi perjalanannya menuju kehidupan yang lebih sihat di laman facebook miliknya.


Walaubagaimanapun, Simone amat terasa dan sedih dengan komen-komen orang ramai yang menyatakan dia menipu mengenai berat badannya itu selepas memuat naik gambar transformasi hebat di laman sosial itu.
Kesal dengan tohmahan itu dia telah bertindak memuat naik sebuah lagi gambar yang membuktikan penurunan badannya itu adalah benar belaka serta meninggalkan lebihan kulit di bahagian perutnya.


Tindakan berani wanita itu telah membuatkan semua orang kagum serta terdiam dengan hasil yang dicapainya itu.
“Di sepanjang perjalanan saya melakukan perubahan ini saya sentiasa bersikap jujur dan dipanggil penipu sememangnya mengguris perasaan saya,” katanya.
cantik
Dia kini sedang mengumpul dana untuk menjalani pembedahan membuang lebihan kulit di sekitar perutnya itu dan mahu hidup dalam badannya yang sebenar selepas berhempas pulas untuk mendapatkannya kembali.
Artikel menarik:

0 komentar:

Posting Komentar