Searching...
Rabu, 12 Agustus 2015
06.46 0

INI KETUMBUHAN DI BAHAGIAN DI TELINGA SELEPAS 11 TAHUN DI TINDIK TELINGA

New York – Seorang lelaki terpaksa menanggung malu selepas kedua-dua telinganya ditumbuhi tumor atau keloid, selepas 11 tahun menindik telinga.
Keloid ialah ketumbuhan yang tumbuh di tempat bekas luka.
Dalam kes ini, keloid di telinga Andrew Roberts, 26, semakin membesar dan untuk membuangnya, dia memerlukan kos lebih $30,000 dolar.
Sebelum ini dia telah menjalani dua pembedahan dan menyuntik steroid, namun keloid itu tetap membesar.
“Keadaan ini memberikan kesan yang cukup besar kepada saya dan ada kalanya saya berputus asa.
“Saya terpaksa memakai penutup kepala ketika keluar rumah, jika tidak orang ramai akan memandang saya dengan perasaan pelik. Malah ada yang ketawa pada saya,’’ katanya.
Andrew memerlukan wang untuk membolehkannya menjalani pembedahan dengan pakar di New York. Selain pembedahan, dia juga perlu memecahkan ketumbuhan berkenaan dengan radiasi.
Artikel menarik:

0 komentar:

Posting Komentar