Searching...
Kamis, 06 Agustus 2015
23.22 0

RAKAMAN KAKI TAYLOR SWIFT DITARIK PERHATIAN RAMAI PEMINAT KETIKA MENYANYI DI PENTAS (2 GAMBAR+1 VIDEO)

PENYANYI popular Hollywood, Taylor Swift menghadapi detik mengejutkan ketika membuat persembahan selepas kakinya ditarik oleh seorang peminat fanatik.
Insiden ini membuatkan pelantun Blank Space itu tergamam seketika semasa mendendangkan lagu terbarunya Bad Blood di Edmonton, Canada.
taylor-swift-fan-grab-leg
Kaki Taylor Swift ditarik oleh peminatnya ketika membuat persembahan di Kanada.
Menerusi video yang dirakam, seorang peminat telah cuba menarik kaki Taylor namun tindakannya itu terbantut kerana dihalang oleh pengawal keselamatan yang menjaga penyanyi berusia 25 tahun itu.
Walau bagaimanapun, Taylor tetap meneruskan persembahannya dengan profesional demi menghiburkan peminat yang hadir.
Kekasih kepada pemuzik hebat, Calvin Harris itu juga tidak memberikan sebarang komen mengenai insiden tersebut dan hanya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang hadir melalui laman instagramnya.

Artikel menarik:

0 komentar:

Posting Komentar